Tak Mahu Tidur

Sophia Izzaty
0


Rongga fikiran kuredah,
cuba meneroka langit hati paling hujung
terbang, jatuh lalu tenggelam aku
bersama bintang digenggaman buat mengusir gelap.
Bintang digenggam, lautan diselam
semakin dalam semakin kelam

Ini taman rahsia
aku penuhkan dengan bunga-bunga harapan
kusiram agar kekal segar mekar 
untuk meneman sepi hati rindu.

Rindu... Kerinduan bergema
Rindu... Gemanya bergaung
Rindu... Dikejar dan mengejar
berbisik sambil berlari, 
menangis sambil menari
ketawa sambil berlagu...

Relung-relung sempit ini, 
kuputuskan untuk tak kuredah lagi.
Kini aku hanya mahu aman menyusurinya.
Seperti malam tadi, malam semalam 
dan malam ini, aku akan ke sini lagi.
Malam esok, tunggu aku datang.
Dengan rela aku mahu jadi seterusnya.
Hingga malam-malam itu bertukar menjadi hari.

Tak mahu aku tidur
hingga hari-hari itu menjadi bukti panjang
yang mampu menerangkan kelamnya laut dalam.

Aku akan terus berjaga
bersama mata yang senyum terpejam.

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!