Tak pernah tergugat hatiku
Tak pernah terwujud cinta yang lain
Walau diuji kesabaranku
Bukan alasan untuk berpaling
Kerana Cinta sesuci ini
Satu, bukan untuk diganti
TempatMu dalam hatiku, hidupku
KeranaMu,
aku di sini menjangkau mimpi bukan khayalan,
Demi Cinta ini kuberlutut...
Di setiap pagi bertemankan jalur putih
Kubisik harapan ke wajah suciMu
Di setiap tengah hari kulagukan kerinduan
Memadam keraguan yang menoda impian
Berlari... mencari
memikul, tersungkur
terpagar, berduri...
kukuh setia Janji demi Cinta ini...
Di setiap petang kutangisi kesal
waktu-waktu pudar yang tak kan kembali
Dan bila senja menjelang
sinar suria di kaki langit pun menghilang
mendakap malam,
menjemput shahdu insafi diri.
Bukan alasan untuk berpaling
Kerana Cinta sesuci ini
Satu, bukan untuk diganti
TempatMu dalam hatiku, hidupku
KeranaMu,
Demi Cinta ini kuberlutut...
Di setiap pagi bertemankan jalur putih
Kubisik harapan ke wajah suciMu
Di setiap tengah hari kulagukan kerinduan
Memadam keraguan yang menoda impian
Berlari... mencari
memikul, tersungkur
terpagar, berduri...
kukuh setia Janji demi Cinta ini...
Di setiap petang kutangisi kesal
waktu-waktu pudar yang tak kan kembali
Dan bila senja menjelang
sinar suria di kaki langit pun menghilang
mendakap malam,
menjemput shahdu insafi diri.